Umum mengetahui Amira Othman mempunyai seorang adik lelaki yang juga penyanyi iaitu Irfan Harris. Di media sosial dua beradik itu sangat rapat. Dan ada beberapa perkongsian yang menunjukkan mereka saling berpelukkan.
“Sebenarnya, perkara ini sudah lama dibangkitkan sesetengah pihak. Mereka fikir saya terlalu ‘mencuba’ dalam menunjukkan kasih sayang kerana sering memeluk dan mencium adik lelaki saya, Irfan Haris.
“Padahal, secara jujurnya, bukan saja dengan Irfan, kami enam beradik memang rapat.
“Biarpun sudah besar panjang, misalnya yang lelaki sudah berjanggut dan bermisai, kami masih akrab,” katanya seperti yang dilaporkan BH Online.
Amira menganggap perkara ini bukan lah satu masalah dan seharusnya tidak membangkitkan isu ini lagi. Penyanyi yang baru mengeluarkan single berjudul Mimpi Indah berkata ibu bapa mereka gembira melihat mereka saling bantu membantu.
Amira juga berkata dia akan tampil dengan single ciptaan Irfan Harris. Baginya, Irfan lebih mengetahui kehendaknya dalam bidang muzik.
Sumber: BH Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.