Pelakon dan usahawan, Fizo Omar yang dilaporkan sedang mempunyai kemelut rumah tangga bersama isterinya, Mawar Abdul Karim, seperti yang dihidu oleh netizen.
Namun menurut Wan Hafizol Wan Omar, 34, atau lebih dikenali dengan nama Fizo Omar berkata, buat masa sekarang adalah lebih baik jika dirinya tidak berkata lebih lanjut tentang hal ini.
“Buat masa sekarang, saya tidak mahu memberikan kenyataan lebih tentang perkara ini.
“Saya faham kerja wartawan namun saya rasa masa sekarang kurang sesuai untuk saya bercakap tentang hal rumah tangga,” katanya pada Kosmo! Online.
“Sejujurnya, saya baru sahaja diberitahu tentang laporan tersebut dan lebih baik saya tidak mengeruhkan keadaan dengan memberikan kenyataan yang bukan-bukan.
“Insya-Allah, kalau dalam masa terdekat untuk menyelesaikan kemelut ini, saya akan mengadakan sidang akhbar.
“Saya minta maaf tidak boleh komen lanjut tentang itu. Insya-Allah doa yang baik-baik sahaja buat kami.”, kata Fizo lagi yang menjawab dakwaan kononnya bahawa mereka juga tidak menyambut Aidilfitri bersama-sama tahun ini.
Sumber: Kosmo! Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.