Pelakon, Atikah Suhaime memberitahu bahawa kekasihnya pernah memuji jika dirinya mengenakan tudung.
Menurut pemilik nama sebenar Nurul Atikah Mohd. Suhaime, kekasihnya, Datuk Lokman The pernah juga meminta dia memakai tudung, namun beliau belum bersedia sepenuhnya untuk kearah itu.
“Hari itu, mama dengan @lokmanteah cakap saya nampak cantik pakai tudung. Lokman suruh saya pakai tudung.
“Tapi pakai tudung sebab nak nampak cantik atau sebab Allah? Entahlah. Belum sedialah. Insya-Allah satu hari nanti,” tulisnya menerusi satu hantaran di InstaStory.
Menerusi perkongsian itu juga, pelakon kelahiran Singapura ini memuatnaik foto dirinya mengenakan tudung merah jambu.
Atikah juga ada berkongsikan beberapa foto bertudung di Instagram dan mendapat pujian ramai peminat yang menyatakan dirinya nampak cantik dan manis dengan penampilan sedemikian.
Sumber: Instagram Atikah Suhaime
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.