Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Kolaborasi Paling Epik, ‘Kecoh Raya’ Tampil Semangat Lebaran Norma Baharu

Apa yang kecoh sangat ini?
Muhammad Izwan Zainal
11 May 2021, 07:00 AM

Sempena Aidilfitri tahun ini, ‘Kecoh Raya’ sebuah lagu raya serba dinamik berjaya dilancarkan dengan kerjasama Universal Music Malaysia, Tik Tok dan Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd serta ERA sebagai radio rasmi.

Cabaran tarian baru #KecohRayaTikTok mendapat sambutan pengguna media sosial Tik Tok untuk memeriahkan perayaan yang bakal disambut dalam norma baharu.

kolaborasi paling epik, ‘kecoh raya’ tampil semangat lebaran norma baharu

Kolaborasi TikTok Kecoh Raya adalah usaha untuk membawakan kembali kenangan manis semangat raya yang penuh keriuhan di TikTok.

Gabungan selebriti tanah air seperti Alvin Chong, Diana Danielle dan Kowachee dari Universal Music Malaysia, Usop dan Ara Johari dari Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd, Danial dan Zahier dari ERA dan Izzryn dari TikTok mewarnai lagu penuh semangat ini.

kolaborasi paling epik, ‘kecoh raya’ tampil semangat lebaran norma baharu

Bagi penyanyi dan pelakon Alvin Chong, dia merasakan lagu itu sesuai dengan aplikasi TikTok.

"Kecoh Raya sangat sesuai untuk TikTok kerana ia adalah lagu penuh semangat dan sangat menarik. Sebilangan besar lagu raya yang pernah kita dengar lebih melankolik, orang bercerita mengenai bagaimana mereka tidak dapat bersama ahli keluarga mereka untuk menyambut lebaran.

"Namun, Kecoh Raya menampilkan suasana raya yang ceria, yang dapat menyuntik elemen positif serta kegembiraan kepada pendengar. Saya harap anda semua akan terhibur menikmatinya," katanya.

Malah, penyanyi rap Kowachee turut bangga berpeluang merakamkan lagu Kecoh Raya bersama barisan selebriti ternama.

"Ini adalah pengalaman baru buat saya, kerana berpeluang menyanyi dan bukan sekadar rap sahaja. Penggambaran video muzik juga menyeronokkan serta mengujakan, kerana ada artis Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd dan Universal Music Malaysia serta pencipta kandungan TikTok. Saya suka bekerja dengan mereka, kami rasa seronok," katanya.

Bagi penyanyi Usop, dia mengakui penampilannya dalam lagu Kecoh Raya ini agak berbeza dan ia sesuatu yang istimewa buat dirinya.

"Ia membawa aura berbeza yang jarang berlaku dan saya perlu menari sewaktu penggambaran video muzik ini dilakukan. Ia menyeronokkan. Saya bersyukur kerana berpeluang bekerja dengan artis-artis lain. Mereka hebat!" katanya.

kolaborasi paling epik, ‘kecoh raya’ tampil semangat lebaran norma baharu

Sementara itu, penyampai radio ERA, Danial Zaini menyifatkan lagu itu membangkitkan semangat raya dan kemeriahan suasana raya yang disambut setahun sekali ini.

"Lagu ini seperti hembusan udara segar untuk lagu raya moden. Liriknya cukup mudah untuk pendengar ingati, dan sangat seronok bekerja dengan artis lain. Kami bertukar pendapat dan sudut pandangan, yang mana kebanyakannya memberikan komen positif," katanya.

Menurut Pengurus Pemasaran Kanan Wilayah SEA, TikTok, Loh Kai Zhi, pengguna laman sosial dapat mengalami dan merasai pengalaman baharu daripada kolaborasi ini.

"Pengalaman hari raya bersama dengan musim perayaan utama lain di negara ini telah berkembang secara digital sepanjang tahun lalu dan media sosial membantu memastikan rakan dan keluarga tetap berhubung untuk perayaan digital.

"Selain menghubungkan orang ramai untuk pengalaman interaktif, TikTok memainkan peranan penting dalam memastikan ramai tetap terhibur dan terdidik. Untuk terus memanfaatkan potensi dan kekuatan platform TikTok, kami dengan senang hati bekerjasama dengan Universal Music Malaysia dan RocketFuel Entertainment Sdn Bhd sempena Raya 2021 untuk #KecohRayaTikTok," katanya.

Lebih mengujakan, cabaran #KecohRayaTikTok anjuran bersama Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd dan Universal Music Malaysia sedang hangat dijalankan di platform media sosial Tik Tok.

Tambahnya, cabaran ini bagi mendorong orang ramai menyanyikan lagu ini bersama-sama di mana video Raya yang dihasilkan paling kreatif dan kecoh berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti iPhone 12 256GB, baucer Raya bernilai RM500 dan banyak lagi.
 

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}