![[video] keburukan rumah bumbung rata (modern flat roof) anda perlu tahu sebelum beli!](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar-artikel-2019/portrait-5.png)
Foto Hiasan
Sejak kebelakangan ini, ramai orang lebih suka rumah moden dengan bumbung rata kerana nampak lebih sleek, minimalis, dan trendy. Tetapi sebelum anda buat Keputusan untuk beli dan memiliki rumah seperti ini, elok juga tahu dulu beberapa kelemahan yang datang bersama gaya dan reka bentuknya.
Tiktok Property Inspection Malaysia (PIM) berkongsi empat keburukan utama rumah bumbung rata yang ramai tak sedar:
1. Air Bertakung Lepas Hujan
Disebabkan bumbungnya yang rata, air hujan susah nak mengalir keluar. Jika sistem saliran tak bagus, boleh jadi kolam mini atas rumah! Lama-kelamaan, struktur rumah akan terjejas dan rosak.
2. Mudah Bocor
Jika ‘waterproofing’ tak dibuat betul-betul, air senang sangat nak masuk di setiap celahan rumah. Siling akan menjadi lembap dan dinding akan berkulat, semua ini boleh menimbulkan masalah dan menyebabkan kita sendiri pening kepala.
![[video] keburukan rumah bumbung rata (modern flat roof) anda perlu tahu sebelum beli!](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar-artikel-2019/landscape-3-1.png)
Foto Hiasan
3. Memerlukan Servis Yang Kerap
Bumbung rata memerlukan penjagaan yang lebih. Kena selalu pantau saliran air, pastikan tidak tersumbat, dan waterproofing pun dibuat semula selepas beberapa tahun. Kos pun mencecah ribuan ringgit dan agak mahal.
4. Tidak Mesra Cuaca Malaysia
Cuaca di Malaysia adakalanya panas dan kadangkala hujan lebat. Bumbung rata sebenarnya lebih sesuai di negara yang cuacanya stabil dan tidak kerap hujan.
Rumah bumbung rata memang nampak cantik dan moden, tetapi jika tidak dijaga dengan betul, ia akan menimbulkan masalah jangka panjang. Sebaiknya sebelum beli, buat pemeriksaan rumah terlebih dahulu.
Sumber: Tiktok (Property Inspection Malaysia)
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.