
Foto Hiasan
Matcha kini menjadi antara minuman paling popular bukan sahaja kerana rasanya yang unik dan menyegarkan, tetapi juga kerana ia dianggap sihat dengan pelbagai manfaat. Namun, di sebalik popularitinya, terdapat kesan buruk sekiranya ia diambil secara berlebihan. Ia mampu menjejaskan kesihatan wanita, khususnya kitaran haid.
Menurut pakar, secawan matcha mengandungi kira-kira 70mg kafein, hampir menyamai kopi. Jika diminum berlebihan, kandungan kafein ini boleh mengganggu hormon wanita sekali gus menyebabkan kitaran haid menjadi tidak teratur, sakit perut lebih teruk serta gangguan emosi atau 'mood swing'.

Foto Hiasan
⚠️ Kesan yang mungkin berlaku akibat pengambilan matcha berlebihan:
-Haid tidak teratur
-Senggugut yang lebih kuat
-Gangguan hormon
-Mudah rasa cemas atau cepat marah
-Masalah tidur
Walau bagaimanapun, minum matcha dalam jumlah sederhana masih selamat dan boleh memberi manfaat seperti meningkatkan fokus, kaya dengan antioksidan serta membantu metabolisme badan.

Foto Hiasan
✨ Tip Selamat Menikmati Matcha:
1. Hadkan kepada satu cawan sehari.
2. Elakkan pengambilan pada waktu malam untuk mengelakkan insomnia.
3. Imbangkan dengan air kosong secukupnya.
4. Amalkan gaya hidup sihat agar kesan kafein tidak menjadi lebih teruk.
Jadi, buat para wanita di luar sana nikmatilah matcha dengan penuh berhati-hati. Ingat, apa-apa yang berlebihan boleh jadi mudarat, walaupun ia kelihatan sihat.
Sumber: news18
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.