Penyanyi rap popular Amerika Syarikat (AS), Kanye West telah memfailkan dokumen permohonan mahkamah untuk menukar namanya kepada Ye, pada Selasa.
West diwakili peguamnya dengan mengemukakan petisyen untuk menukar nama West menjadi Ye daripada nama kelahiran asalnya Kanye Omari West.
Bekas suami Kim Kardashian itu melakukan tindakan itu atas sebab peribadi dan tidak mahu mengulas lanjut mengenai alasannya mahu menukar nama tersebut.
Malah, beliau turut menamakan album studio kelapannya dengan tajuk Ye.
Kebiasaannya, pihak mahkamah tidak mempunyai sebarang halangan untuk meluluskan permohonan berkenaan selagi tiada bukti ia dilakukan atas tujuan penipuan.
“Saya percaya ‘Ye’ adalah perkataan yang paling biasa digunakan dalam Bible yang bermaksud ‘anda’,” katanya.
Permohonan pertukaran nama itu berlaku hanya beberapa hari sebelum pelancaran album terbaharunya, Donda pada Jumaat ini.
Sumber: AFP
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.