Penyanyi rap, Kanye West mengumumkan yang dia tidak lagi mahu dikenali sebagai Kanye West.
Beliau yang baru sahaja melancarkan album Yandhi secara rasmi di laman Twitter nya, mahu dikenali dengan nama Ye.
“the being formally known as Kanye West
I am Ye”
Penyanyi tersebut juga dilihat telah menukar nama di profil nya kepada YE, walaupun tweethandle masih lagi @kanyewest kerana risau pertukaran itu akan memberi kesan kepada bluetick di Twitter.
Difahamkan, nama Ye adalah nama samaran kepada nama Kanye, dipendekkan menjadi Ye.
Sumber: Twitter @kanyewest
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.