Penyanyi dan bekas ahli kumpulan WANNA ONE, Kang Daniel mengakui rasa terkejut apabila mengetahui peminatnya faham pertuturannya dalam Bahasa Korea.
Beliau tidak menyangka peminatnya di Malaysia tidak memerlukan jurualih bahasa diatas pentas bagi menterjemahkan pertuturannya.
“Seriuslah anda faham apa saya cakap? Betul ke? Hebatnya!
“Setiap kali saya mengadakan sesi bertemu peminat, saya sering menggunakan Bahasa Korea untuk berkomunikasi bersama anda semua
“Saya rasa terharu. Rasa seperti peminat saya seluruh dunia dekat dengan saya.
Kang Daniel baru sahaja hadir ke Malaysia bagi sesi bertemu peminat, “Kang Daniel Fan Meeting: Color On Me In Kuala Lumpur” pada Sabtu lalu.
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.