Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Penyanyi Korea Kang Daniel Alami Depresi, Akan Berehat Sebentar Dari Industri K-Pop

Diharapkan Kang Daniel agar kembali cepat pulih dan sembuh seperti sediakala.
Editor
05 Dec 2019, 01:53 PM

Depresi atau kemurungan bukan satu perkara mudah dan biasa. Ia secara perlahan boleh memakan diri sendiri mahupun orang sekitarnya.

penyanyi korea kang daniel alami depresi, akan berehat sebentar dari industri k-pop

Penyanyi dari Korea Selatan, Kang Daniel, mengumumkan untuk berehat seketika daripada industri k-pop selepas dilaporkan mengalami kemurungan dan panic disorder.

Memetik laporan dari Allkpop dan Sinar Harian, bekas anggota kumpulan Wanna One itu telah mengejutkan peminat dan industri K-pop selepas beliau membatalkan rakamannya bersama sebuah rancangan muzik akibat daripada kesihatan mentalnya yang merosot.

Perkara ini juga disahkan oleh agensi naungannya, KONNECT Entertainment.

“Kami terpaksa batalkan prarakaman Show Champion yang sepatutnya dibuat hari ini (semalam).

"Dia tidak mampu menjayakan aktiviti seni sekarang dalam keadaan yang normal dan amat sukar untuknya mempromosikan single terbaharunya, Touchin. Ternyata perkara itu hanya tambah memudaratkan keadaannya.

“Kami benar-benar memohon maaf kepada peminat, stesen penyiaran, media dan semua pihak atas berita mengejut ini. Kami akan berbuat sehabis baik untuk memastikan Kang Daniel kembali sihat,” ujar agensi.
 

Tambah mengejutkan, Kang Daniel juga disahkan menghidapi tekanan yang amat teruk sejak awal tahun 2019 lalu, dan berpunca daipada kes mahkamah dan saman-menyaman terhadap bekas majikannya, LM Entertainment.

Diharapkan Kang Daniel agar kembali cepat pulih dan sembuh seperti sediakala.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}