Ditengah kekalutan dunia menghadapi ancaman pandemik COVID-19, tidak seorang pun terlepas daripada merasa impaknya.
Seakan-akan cuba menyampaikan rasa resah gelisah terperangkap dalam situasi sebegini, artis muzik urban tempatan – Kaka Azraff, Loca B dan Noki dari kumpulan Hip Hop terkenal K-Clique tampil berkolaborasi dalam single terbaharu mereka berjudul ‘GILA’.
Lagu ciptaan bersama Noki, Loca B dan Ezra Kong ini diberikan susunan muzik bercitarasa urban sesuai dengan trend muzik masa kini. Sungguhpun begitu, lagu ini bukan sekadar hiburan kosong.
Lagu ‘GILA’ ini mengangkat subjek yang berat namun sarat dengan mesej positif. Senikata disusun dengan prosa mudah tetapi puitis yang membawa makna yang mendalam.
‘GILA’ menceritakan tentang kekuatan diri dalam menangani kekalutan yang membelenggu minda dan jiwa dengan menguasai rasa takut dan terus kental menjalani kehidupan.
Turut dilancarkan video muzik rasmi ‘GILA’ sebagai pendamping visual single ini. Video arahan Adriana Tunku dari Denhouse Productions ini digarap dengan elemen surrealism cuba menterjemah maksud lagu ini dalam bentuk visual.
Di samping itu, ‘GILA’ turut menjadi jambatan kolaborasi antara Black Hat Cat Records dan penyedia perkhidmatan internet tersohor negara, Hotlink.
Terbaik!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.