Berita yang mengejutkan ramai pihak mengenai Pengacara popular, Elly Mazlein atau Kak Lina telah mengundurkan diri sebagai pengacara program All Stars Gegar Vaganza.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Stesen televisyen Astro hari ini, keputusan untuk tidak bersama keluarga besar Gegar Vaganza adalah disebabkan hal peribadi.
Walaupun rasa berat hati dan sedih, namun pihak Astro menghormati keputusan yang dibuat olehnya.
"Dengan rasa berat hati Astro dan Kak Lina (Elly Mazlein) ingin mengumumkan pengunduran Kak Lina dari program All Stars Gegar Vaganza atas hal-hal peribadi. Walaupun berasa sedih, pihak Astro menghormati keputusan yang diambil” kata Kak Lina.
Dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong dirinya sepanjang mengacarakan program itu dan turut mengemukakan permohonan maaf kerana tidak dapat meneruskan tugasnya mengacara All Stars Gegar Vaganza.
Semoga Kak Lina akan terus menghiburkan peminat.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.