Sehingga kini, penularan wabak COVID-2019 telah menjangkiti lebih 44,793 orang dengan 1,112 daripadanya dilaporkan maut.

Ketika dunia sedang bertungkus-lumus memastikan wabak ini tidak tersebar, tular satu video dilaman Youtube menunjukkan seorang wanita dari Wuhan, China berniat sengaja menyebarkan virus merbahaya ini kepada orang ramai.


Menurut WOB dan Sin Chew Daily, wanita berkenaan telah dirakam oleh kamera sengaja meludah kearah pemegang pintu dikawasan tempat tinggalnya.

Tambah lagi, kawasan tempat tinggalnya itu kini mempunyai lebih kurang 30 kes positif COVID-2019 dan 90 lagi mempunyai simptom seperti demam.
Menurut penduduk disitu, walaupun tidak dapat dipastikan sama ada wanita berkenaan dijangkiti COVID-2019 atau sebaliknya, tindakan jijik wanita ini wajar dihentikan sama sekali.
Sumber: WOB / Sin Chew Daily
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.