Seorang penangkap ular telah berkongsi sebuah video menarik di laman Facebooknya apabila seekor ular sawa berukuran 8 kaki dilihat sedang bergelut bersama seekor kelawar gergasi.

Ular sawa berkenaan dilihat tergantung pada sebatang pokok, sedang membelit seekor kelawar gergasi yang sudah mati.

Tony Morrison dari Australia yang merakamkan video berkenaan berkata, ular terbabit cuba untuk menelan kelawar gergasi berkenaan, namun gagal kerana kelawar itu lebih besar daripada mulutnya.

Tony segera mengalihkan bangkai kelawar terbabit selepas ular sawa itu gagal untuk menelan kelawar gergasi terbabit.
Sumber: Facebook
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.