Sebanyak RM400,000 e-baucar tunai untuk ditebus menerusi kempen ‘Rediscover Fun A-Theme Park Family Affair’ berlangsung bermula semalam sehingga 10 Disember ini yang dilakukan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Tourism Malaysia.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri memaklumkan inisiatif ini dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia (MATFA).
Menariknya, pengunjung boleh menikmati diskaun tiket masuk sehingga 50 peratus di lebih 25 taman tema dan pusat hiburan keluarga.

Tambahnya, program ini selaras dengan Pelan Pemulihan Pelancongan yang mahu memeriahkan kembali industri pelancongan domestik yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
“Dianggarkan sekurang-kurangnya 40,000 rakyat Malaysia bakal menerima manfaat daripada pelaksanaan kempen ini.
“Pada masa sama, MATFA turut optimistik untuk meraih 50 peratus peningkatan kunjungan orang ramai ke taman tema sepanjang kempen berlangsung,” katanya.
Untuk mendapatkan penebusan e-baucar tunai tersebut yang bernilai RM10, orang ramai perlu melayari laman sesawang MATFA di www.matfa.org.my bermula 30 Oktober 2021 berdasarkan terma dan syarat ‘siapa cepat dia dapat’.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.