Ketika dunia masih berjaga-jaga dengan penularan wabak Covid-19 dengan menggunakan perlindungan diri seperti topeng tutup mulut dan juga hand sanitizer, ada pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan.
Satu klip rakaman menunjukkan sebuah syarikat dari Hanoi telah mencipta topeng penutup mulut tiruan dengan menggunakan tisu tandas.

Syarikat yang berdaftar dibawah nama Viet Han Company Ltd ini pada mulanya menghasilkan tisu pengelap, namun melihat kepada permintaan tinggi dunia, mereka beralih kepada menghasilkan topeng penutup mulut.


Setakat ini, sudah lebih 140,000 topeng penutup mulut tiruan dihasilkan oleh syarikat berkenaan dan telah dijual kepada orang ramai.

Topeng penutup mulut sepatutnya dihasilkan daripada lapisan anti-bakteria, dan bukannya daripada tisu atau kain biasa.
Sumber: WOB / Youtube
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.