Piala AFF Suzuki Cup 2018 bakal berakhir tidak lama lagi. Yang pasti dikenang adalah sorakan penyokong yang sentiasa mendapat perhatian.
Menurut Fox Sport Asia, Ultras Malaya tersenarai sebagai penyokong nombor 1 di Asia Tenggara berdasarkan sorakan dan sokongan peminat semasa AFF Suzuki Cup 2018 berlangsung.
#6 – Indonesia
Lihat sahajalah setiap kali perlawanan melibatkan pasukan Indonesia, pasti penuh dengan penyokong yang memakai warna merah akan hadir memberi sokongan.



#5 – Singapura
Walaupun tersingkir dalam saingan kumpulan, penyokong pasukan Singapura tetap setia memberikan sokongan kepada pasukan mereka.


#4 – Myanmar
Sorakan padu penyokong Myanmar juga tak kurang hebatnya dan apa yang menarik perhatian adalah, penyokong mereka sanggup mengemas stadium selepas perlawanan dengan pasukan Malaysia.



#3 – Vietnam
Penyokong Vietnam tersenarai ditempat ke-3 oleh Fox Sport Asia. Punya bersemangat penyokong Vietnam terhadap pasukan mereka, mereka beratur untuk membeli tiket seawal jam 6 pagi.


#2 – Thailand
Lihat sahajalah ketika perlawanan separuh akhir kedua ketika menentang Malaysia, stadium gamat dengan gelombang biru.


#1 – Malaysia (Ultras Harimau Malaya)
Punyalah hebat sorakan dan sokongan peminat bola sepak negara sehinggakan jurulatih Myanmar pernah memberi komen bahawa anak buahnya terganggu dengan sorakan dari penyokong.


Sumber: Fox Sport Asia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.