Filem yang amat dinanti-nantikan tahun ini, Avengers: Endgame bakal menemui peminat seluruh dunia pada 26 April, manakala di Malaysia adalah 2 hari lebih cepat, iaitu pada 24 April.
Baca: Avengers: End Game, Malaysia Tayang Dua Hari Lebih Cepat Dari Amerika Syarikat
Semakin hampir dengan tarikh tayangan, semakin banyak andaian dan teori yang cuba ditunjukkan oleh peminat. Pihak Marvel sendiri juga telah mengeluarkan beberapa teaser dan poster filem Avengers: Endgame.

Baca: Marvel Tunjuk Watak Masih Hidup Dan Yang Telah Tiada Dalam Avengers: Endgame
Apa yang mencuri tumpuan ialah senjata yang akan digunakan Thanos dalam filem Avengers: Endgame.

Thanos bukan sahaja dilaporkan mempunyai sarung tangan Infinity Gauntlet, malah dia juga lengkap dengan suit perang berserta pedang dua permukaan.





Poster berkenaan telah dikongsikan oleh Hot Toys yang bertanggungjawab merekacipta koleksi permainan daripada filem Avengers: Endgame.

Sumber: Screenrant
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.