Dron atau pesawat udara tanpa juruterbang kini semakin menjadi pilihan ramai dan dijual pada harga mampu milik.

Menjadi alat untuk merakam pemandangan indah atau foto dari udara, dron boleh juga disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan tertentu.
Kini, mana-mana pemilik atau pengendali dron perlu membuat permohonan permit terlebih dahulu sebelum menerbangkan alat berkenaan untuk mengelakkan daripada didakwa atau dikenakan tindakan.

Cara untuk membuat permohonan juga cukup mudah. Antaranya adalah seperti:
1. Layari laman sesawang https://www.caam.gov.my/
2.Muat turun borang permohonan dan lengkapkan butiran yang dipinta.
3.Permohonan yang lengkap perlu dihantar ke drone.aft@caam.gov.my
Permohonan ini perlu dibuat 14 hari sebelum anda merancang untuk menerbangkan sesuatu dron di udara.
Perlu diingatkan, menerbangkan dron tanpa permit adalah salah mengikut Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016 (MCAR 2016).
Kesalahan mengendalikan dron tanpa kebenaran boleh dikenakan denda minimum RM50,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-dua sekali bagi individu manakala denda maksimum RM100,000 untuk badan korporat.
Sumber: Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) // CAAM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.