Jika ada antara kita yang menangis apabila menonton filem Avengers: Endgame, berbeza dengan penonton filem berkenaan di Bangkok, Thailand.

Penonton filem Avengers: Endgame di pawagam Ratchaburi, Thailand, tergamam apabila dikejutkan dengan pancuran air dari siling dewan. Malah, penonton juga diarahkan keluar tanpa mengetahui penghujung filem yang amat dinanti-nantikan itu.
Dipetik daripada Daily Mail, pihak kakitangan pawagam memberitahu bahawa alat pemercik api itu tiba-tiba pecah selepas mencatatkan suhu 40 darjah Celcius.

Salah seorang penonton, Wittawat Hanvanich, 30, mengakui kecewa dengan apa yang terjadi namun bercadang untuk menonton semula filem berkenaan.
”Saya kecewa dengan apa yang terjadi. Mereka perlu belajar mengendali sistem pancuran air mereka.
"Bagaimanapun mereka menangani masalah tersebut dengan baik dan saya akan kembali untuk menonton End Game semula,” katanya.
Pihak pawagam memohon maaf dan menggantikan tiket percuma kepada penonton pawagam yang terjejas ini.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.