Selepas beberapa hari insiden serangan masjid di Christchurch, kini komuniti Islam dikawasan terbabit dilihat rasa lebih selamat.


Baca: Penduduk Buat ‘Pagar’ Lindungi Muslim Dirikan Solat Di Masjid
Selain kawalan keselamatan yang dipertingkatkan, aksi sekumpulan geng motosikal yang 'paling digeruni' di New Zealand yang dianggotai sekurang-kurangnya tujuh orang bertindak memberikan laugan dan tarian Haka sebagai tanda sokongan kepada komuniti Islam di negara itu, telah mencuri tumpuan.
"Ia sesuatu yang sangat istimewa, ia adalah sebahagian daripada budaya kami dan ini yang biasa kami lakukan ketika kami membesar, dan (tarian) ini adalah untuk berkongsi dengan mereka yang sedang melalui tempoh kesedihan,"
Selain kumpulan motosikal ini, tarian Haka juga dipersembahkan oleh sekumpulan remaja, sebagai penghormatan kepada dua sahabat mereka yang terbunuh dalam serangan tersebut.
Haka merupakan tarian tradisional kaum Maori New Zealand yang dilakukan secara beramai-ramai sebagai persediaan sebelum berperang, sama ada sebelum berdepan secara langsung dengan pihak musuh, atau ketika meninggalkan kampung halaman untuk menuju ke medan pertempuran.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.