Jika anda takut kepada spesis ular, jangan risau kerana anda tidak sendirian kerana ikan juga sebenarnya takut kepada reptilia berkenaan.

Satu video yang dikongsikan dilaman Youtube baru-baru ini menunjukkan cara menangkap ikan keli dengan hanya menggunakan ular.

Seekor ular pada mulanya dimasukkan ke dalam lubang yang menjadi tempat persembunyian ikan-ikan keli. Selang beberapa ketika, beberapa ekor ikan keli mula muncul dan lompat keluar pada permukaan air.

Dari ikan yang kecil sehinggalah yang besar, ikan-ikan keli tersebut melompat keluar seolah-olah cuba menyelamakan diri masing-masing apabila melihat kehadiran ular.


Selepas berjaya mendapatkan ikan, lelaki berkenaan memasukkan dapatan ke dalam bakul dan memanggil ular perliharaannya keluar dari lubang.
Meskipun ia dilihat unik dan agak luar biasa, ramai yang kelihatan geli apabila tahu cara menangkap ikan keli dengan cara begini.
Sumber: Youtube
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.