Telefon bimbit merupakan satu keperluan penting masa kini. Bukan sahaja sebagai penghubung antara individu, malah ia sebagai alat yang memudahkan kehidupan kita seharian.

Banyak perkara penting yang mungkin ada dalam telefon bimbit kita termasuk maklumat perbankan, gambar dan bermacam-macam lagi sehingga ia diklasifikasikan sebagai data peribadi.
Ia menjadi bahaya sekiranya terlepas kepada mereka yang tidak bertanggungjawab, seperti pengodam dan pihak ketiga.

Berikut adalah antara tanda-tanda telefon anda digodam, terutamanya ketika menggunakan WiFi ditempat awam:
1. Bateri telefon cepat habis
Berlakunya perubahan drastik pada bateri telefon bimbit merupakan antara kemungkinan ada aplikasi yang tidak diketahui sedang beroperasi di sistem telefon anda. Lakukan pemeriksaan pada operasi telefon bimbit seperti aplikasi dan data yang digunakan sekerap mungkin.
2. Telefon menjadi panas tiba-tiba.
Semak aplikasi pada telefon pada bahagian Setting > Developer option > Running services.
Jika menemui sebarang aplikasi yang tidak dikenali atau mencurigakan, delete segera dan elakkan daripada memuatnaik aplikasi dari sumber yang tidak dipercayai.
3. Wifi aktif dengan sendiri
Keadaan ini berlaku sekiranya anda berada di tempat awam dan menggunakan perkhidmatan WiFi yang tidak selamat. Berkemungkinan anda sedang diperhatikan dan penggodam boleh mencuri data, atau menghantar virus kepada telefon bimbit anda.
4. Berlaku crossline ketika panggilan
Salah satu tanda telefon sedang digodam adalah berlakunya crossline ketika sedang membuat panggilan dengan mendengar bunyi bising.
5. Kuota internet cepat habis
6. Menghantar mesej pelik tanpa diketahui
Sekiranya rakan atau keluarga anda menerima mesej berupa email atau link pelik daripada anda tanpa anda mengetahui, ia juga antara tanda telefon anda sedang digodam.
7. Iklan dan pop up tiba-tiba muncul
Ia adalah tanpa paling nyata. Ada unsur luar sudah menceroboh telefon anda.
Sekiranya berlaku salah satu daripada mana-mana tanda diatas, segera dapatkan pemeriksaan di mana-mana pakar alat peranti sebelum ia terlambat.
Sumber: Vanilla Kismis
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.