Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

Kak Cik Yah Pempengaruh

Anda Belum Cukup Berani Jika Tak Cuba 7 Sukan Air Paling Ekstrem Di Malaysia Ini!

Memang tidak sah jika tidak terjatuh, tergolek, terbang dan tenggelam.
Editor
09 Nov 2017, 10:54 AM

Kredit gambar utama: Pexels

Berapakah skala keberanian anda mencuba sukan-sukan air yang ekstrem ini? Ada orang cukup gagah di darat tetapi boleh pucat jika terpaksa bermain sukan air. Anda bagaimana? Antara sukan-sukan air yang kami senaraikan ini, mana satu yang pernah dicuba?

Jika belum, beranikah anda menyahut cabaran kami November ini?


 

#1 White Water Rafting

anda belum cukup berani jika tak cuba 7 sukan air paling ekstrem di malaysia ini!

Kredit: Sabahbooking

Sukan air yang boleh dikatakan ekstrem. Sekali pandang macam hilang akal hendak mencubanya tetapi sekali cuba, anda ingin ulanginya lagi.  Bayangkan anda berada di atas bot yang bergerak mengikut arus, aliran sungai, menjunam di cerun, berlanggar batuan sungai dan insiden bot terbalik bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Anda boleh pilih gred sungai antara satu atau dua untuk pengalaman biasa-biasa, tiga hingga empat untuk memberi tujahan adrenalin dan pengalaman luar biasa.


 

#2 Flyboard

anda belum cukup berani jika tak cuba 7 sukan air paling ekstrem di malaysia ini!

Kredit: Utusan

Akitiviti sukan air lasak yang ‘cool’ ini semakin mendapat tempat di Malaysia. Flyboard mula memasuki Malaysia sekitar tahun 2014 ini membolehkan pemainnya terbang atau terapung di udara dengan tekanan air yang disalur kepada kasut khas. Kasut ini mempunyai hos panjang yang disambut kepada bot atau jet ski.

Nampak macam mudah, hakikatnya mereka yang baru pertama kali mencuba pemain sukan ini sukar untuk menyeimbangkan diri dengan kasut khas seberat 8kg.


 

#3 Luncur Ombak

anda belum cukup berani jika tak cuba 7 sukan air paling ekstrem di malaysia ini!

Kredit: Muslim Travelers

Siapa kata aktiviti ini tidak boleh dilakukan di Malaysia kerana ombak di Malaysia tidak cukup kuat? Aktiviti ekstrem ini cukup terkenal di sekitar Pantai Desaru, Tanjung Sedili, Tanjung Balau dan Tanjung Lompat atau turut dikenali dengan gelaran 'Wild Boar' oleh penggiat sukan luncur ombak. Ketinggian ombak di kawasan ini boleh mencecah sehingga empat meter ketika fenomena Monsun Timur Laut yang kebiasaannya bermula akhir tahun iaitu sekitar November dan berlanjutan sehingga Februari atau Mac tahun berikutnya.


 

#4 Wakeboarding

anda belum cukup berani jika tak cuba 7 sukan air paling ekstrem di malaysia ini!

Kredit: Amazon

Satu lagi aktiviti luncur air. Pemain akan berdiri di atas papan luncur sambil memegang tali yang ditarik bot laju.  Nampak senang tetapi tekanan air, tujahan angin dan kelajuan bot cukup menguji adrenalin dan pencabar fizikal serta mental pemain.


 

#5 Windsurfing

anda belum cukup berani jika tak cuba 7 sukan air paling ekstrem di malaysia ini!

Kredit: Flagbeach

Luncur angin memerlukan kuasa angin yang tinggi untuk menolak layar dan meluncurkan papan luncur di permukaan air. Aktiviti ini hanya boleh dilakukan jika kelajuan angin mencapai 10 knot dan tidak melebihi 35 knot. Di Malaysia, musim tengkujuh cukup dinanti penggemar sukan ini untuk meredah angin kencang terutama di kawasan perairan menghadap Laut China Selatan.

Anda yang ingin mencuba aktiviti ini perlu tahu berenang dan boleh meluncurkan papan luncur layar angin serta kanopi dan membaca serta memahami gerakan angin.


 

#6 Kiteboarding

anda belum cukup berani jika tak cuba 7 sukan air paling ekstrem di malaysia ini!

Kredit: Pexels

Sukan air ini tidak jauh bezanya dengan wakeboarding, bezanya kiteboarding hanya memerlukan layang-layang, papan luncur dan angin yang kuat! Pemain kiteboarding perlu meluncur di atas papan luncur sambil memegang layang-layang khas, dan bergantung kepada angin untuk menolaknya ke hadapan atau mungkin ke atas. 

Arah tuju mereka ditentukan oleh kelajuan dan arah angin, mereka perlu bijak mengawal layang-layang dan pada masa sama menyeimbangkan tubuh di atas papan luncur dan ombak.


 

#7 Lumba Perahu

anda belum cukup berani jika tak cuba 7 sukan air paling ekstrem di malaysia ini!

Kredit: Sarawak Tourism

Cuaca Malaysia dan kelajuan angin cukup sesuai untuk aktiviti ini. Sukan lumba perahu jika dilakukan secara santai tidaklah mampu menyaingi sukan lasak lain tetapi apabila dimainkan untuk perlumbaan seperti regatta, acara perlumbaan bot tahunan yang diadakan di Sarawak, sudah tentu menguji adrenalin.

Kemahiran dan kejayaan seseorang pelayar bergantung pada teknik pengendalian bot ketika menentang pihak lawan dalam keadaan angin dan cuaca tidak menentu.

Ayuh saksikan sendiri kemeriahan acara Sarawak Regatta: Kuching Waterfront Festival 2017 yang berlangsung di Kuching Waterfront pada 17 hingga 19 November 2017 ini. Berikan sokongan kepada Geng Kayuh Era Bersama Bank Rakyat yang akan beraksi pada hari terakhir, 19 November. Anda berminat untuk merasai sendiri pengalaman menyertai acara regatta tahun ini? Layari ERA.fm dan daftarkan nama anda di sini.

Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah utama 1 kilo jongkong emas dan hadiah menarik untuk 100 pemenang bulanan kempen emas 1 kilo. Bank Rakyat, Bank Pilihan Anda. Klik pautan ini untuk maklumat lanjut.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us