Filem yang amat dinantikan tahun 2019, Avengers: Endgame yang akan ditayangkan pada minggu hadapan, pasti membuat peminat filem khususnya peminat Marvel ternanti-nanti.


Namun begitu, hari ini menerusi laman sosial, ada pihak tidak bertanggungjawab, dipercayai daripada negara Timur Tengah, telah berkongsi beberapa scene daripada filem Avengers: Endgame untuk tontonan ramai. Video berkenaan bagaimana pun telah dipadam.

Tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah daripada filem sebenar, mahupun sekadar fan made, ia nyata telah telah mengundang kemarahan peminat filem diserata dunia.

Sama-sama kita nantikan filem Avengers: Endgame minggu hadapan ok?
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.