Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

Kak Cik Yah Pempengaruh

Lihat Senarai Antara 16 Wanita Malaysia Yang Paling Berpengaruh Di Dunia

Bukan je dikenali di Malaysia, malah mereka terkenal diserata dunia!
Editor
07 Mar 2019, 11:46 PM

8 Mac setiap tahun adalah hari yang dikhaskan untuk meraikan wanita-wanita seluruh dunia. Banyak jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh mereka, dan tak kurang hebatnya wanita-wanita dari Malaysia.

Sempena Women’s International Day hari ini, kami di ERA nak senaraikan top 16 wanita daripada Malaysia yang paling berpengaruh, malah ada yang sampai peringkat dunia tau!

#16 – Anita Yusof

lihat senarai antara 15 wanita malaysia yang paling berpengaruh di dunia

Berasal dari Ipoh, Anita Yusof merupakan seorang pengembara yang mengembara mengelilingi dunia menggunakan motorsikal. Beliau juga tersenarai dalam Asia book of Records sebagai Wanita Pertama Yang Mengelilingi Dunia. Wow!

#15 – Heidi Nazarudin

lihat senarai antara 15 wanita malaysia yang paling berpengaruh di dunia

Sanggup meninggalkan kerjayanya sebagai pelabur untuk mengejar cita-citanya sebagai fashion blogging. Hari ini, beliau memiliki The Ambitionista dan terkenal diserata dunia!

#14 – Shila Amzah

lihat senarai antara 15 wanita malaysia yang paling berpengaruh di dunia

Penyanyi dari Malaysia ini telah mencipta nama sehingga menjadi popular di negara China! Beliau boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Melayu, Inggeris dan juga Mandarin. Wow!


#13 – Zee Avi

lihat senarai antara 15 wanita malaysia yang paling berpengaruh di dunia

Anak kelahiran Sarawak, Zee Avi merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, pemain gitar dan juga ukulele. Selain di Malaysia, Zee Avi juga mencipta nama di Amerika Syarikat. Zee Avi juga pernah menang Best Original Film Song pada 53rd Taipei Golden Horse Film Festival. Cayalah!

#12 – Felicia Yap

lihat senarai antara 15 wanita malaysia yang paling berpengaruh di dunia

Dikenali menerusi novelnya yang bertajuk Yesterday, buku tulisan beliau telah menjadi hits seluruh dunia. Felicia merupakan graduan daripada Imperial College London dalam jurusan biokimia dan menghabiskan ijazah kedoktoran di Cambridge Universiti dalam bidang sejarah.

#11 – Christy Ng

lihat senarai antara 15 wanita malaysia yang paling berpengaruh di dunia

Sebut sahaja nama Christy Ng, pasti ramai yang membayangkan handbag dan kasut yang sangat cantik! Beliau merupakan founder kepada ChristyNg.com. Kasut rekaannya sendiri telah mendapat tempat dihati peminat kasut bertumit tinggi serata dunia sejak daripada tahun 2010 lagi.

#10 – Sharifah Amani

lihat senarai antara 15 wanita malaysia yang paling berpengaruh di dunia

Lakonan Sharifah Amani dalam filem Sepet bukan sahaja menarik perhatian penonton dalam negara malah diperingkat antarabangsa. Beliau banyak melibatkan diri dalam telemovie dan filem tempatan seperti Gubra dan Muallaf. Malah, Sharifah Amani juga pernah memenangi anugerah Pelakon Harapan Wanita pada Festival Filem Malaysia ke-18 dan juga Pelakon Wanita Terbaik pada FFM ke-19.

#9 – Sabariah Hussein

lihat senarai antara 15 wanita malaysia yang paling berpengaruh di dunia

Wanita berusia 70 tahun ini pernah menjadi tular kerana telah memasakkan makanan kepada lebih 200 orang ketika bulan Ramadan. Dikenali dengan nama panggilan Sister Sabariah, beliau telah berpindah ke Kanada dan menetap disana. Beliau banyak membuat kerja-kerja amal tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.

#8 – Kiki Poh

lihat senarai antara 15 wanita malaysia yang paling berpengaruh di dunia

Siapa sangka, wanita ini merupakan antara orang kuat yang menghasilkan filem Disney’s Cars 3 dan orang Malaysia pertama yang berkerja dengan Pixar! Selain filem Cars 3, Kiki Poh juga turut sama menghasilkan filem Toy Story 3, Monster University dan juga Inside Out.

#7 – Tan Hooi Ling

lihat senarai antara 15 wanita malaysia yang paling berpengaruh di dunia

Daripada MyTeksi kepada GrabTaxi dan kini dikenali sebagai Grab, Tan Hooi Ling merupakan wanita disebalik perkhidmatan e-hailing terbesar di Asia Tenggara. Sebagai co-founder Grab bersama Anthony Tan, syarikatnya kini telah beroperasi di 7 buah negara dan 60 bandar seluruh dunia. Pergh!

#6 – Yuna

lihat senarai antara 15 wanita malaysia yang paling berpengaruh di dunia

Penyanyi kelahiran Malaysia ini mula mencipta nama sejak dari tahun 2006 dan mula dikenali di Amerika Syarikat. Yuna bukan sahaja dilabel sebagai penyanyi bertaraf antarabangsa, malah beliau juga berkolaborasi bersama penyanyi terkenal seperti Usher, Pharell Williams dan Jhene Aiko. Hebatlah!

#5 – Raja Nadia Sabrina

lihat senarai antara 15 wanita malaysia yang paling berpengaruh di dunia

Seorang peguam yang juga blogger dan usahawan, Raja Nadia Sabrina adalah orang penting disebalik jenama terkenal, Aere. Kejayaan jenama Aere telah membawa Raja Nadia Sabrina di Jakarta Fashion Week dan Dubai Modest Fashion Week. Power!

#4 – Dr. Amalina Bakri

lihat senarai antara 15 wanita malaysia yang paling berpengaruh di dunia

Mula dikenali selepas mendapat 17 A1 dalam SPM 2004, Amalina Bakri menyambung pengajiannya diluar negara dan berkhidmat sebagai pakar bedah di Imperial College Healthcare NHS Trust. Malah, Dr. Amalina juga sering memberikan syarahan umum di kebanyakkan universiti di luar negara.

#3 – Neelofa

lihat senarai antara 15 wanita malaysia yang paling berpengaruh di dunia

Bukan sahaja mencipta nama sebagai pelakon dan model, Neelofa juga merupakan seorang usahawan yang tersenarai dalam Forbes sebagai Asia Top 30 ketika usianya bawah 30-an. Beliau membawa jenama Neelofar Hijab, sehingga terjual di lebih 30 negara serata dunia, seperti Brunei, Australia dan lain-lain lagi. Bukan itu je, Neelofa juga menjadi duta kepada banyak produk terkemuka dunia seperti  Swarovski Jewelry, Titan Jewelry, Lancome Cosmetics dan FashionValet! Oh ya, Neelofa juga tersenarai sebagai salah seorang pengarah bersama dalam syarikat AirAsia tau!

#2 – Datin Vivy Yusof

lihat senarai antara 15 wanita malaysia yang paling berpengaruh di dunia

Memang tidak asing lagi, nama Vivy Yusof sememangnya dikenali bukan sahaja dalam negara, malah dengan jenamanya, FashionValet, beliau amat dikenali dirantau ini. Turut tersenarai dalam Forbes sebagai Asia Top 30 Under 30, Datin Vivy Yusof turut diberi penghormatan untuk berkerjasama dengan kerabat di raja Brunei tau! Hebat!

#1 - Datuk Sri Siti Nurhaliza

lihat senarai antara 16 wanita malaysia yang paling berpengaruh di dunia

Siapa je yang tak kenal dengan penyanyi kelahiran Temerloh, Pahang ini. Selain menempa nama di Malaysia, Datuk Sri Siti Nurhaliza atau lebih dikenali dengan nama panggilan Tokti ini mula menembusi pasaran Indonesia sekitar 1998 dan membuat konsert solo pertama beliau seawal usia 20 tahun. Pada Disember 1999, Tokto menerima anugerah luar negara pertamanya ketika bertanding di Shanghai Asia Music Festival 1999 bagi anugerah tertinggi Asia New Singer Competition. The History Channel juga pernah menyiarkan dokumentari tentang kisah kehidupan Tokti. Hebat!

Selain 16 nama-nama ini, pasti korang ada mengenali wanita yang memberikan anda inspirasi untuk berjaya dalam hidup kan? Share jom siapakan wanita itu!

Sumber dan kredit: #HHWT

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us