Kejadian tsunami dan gempa bumi di Palu, Sulawesi, Indonesia baru-baru ini telah mengorbankan banyak nyawa dan kerosakan bangunan serta muka buminya. Malah, laporan daripada Harian Metro juga menunjukkan kira-kira 832 jumlah kematian telah direkodkan setakat ini.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Liputan6.com di Youtube menunjukkan kejadian fenomena semburan lumpur dan api selepas gempa di Mamuju Tengah, Sulawesi, dengan ketinggian semburan kira-kira 2 meter.


Awalnya, semburan lumpur ini dilaporkan muncul pada hari Sabtu (29/9/2018) dan diikuti dengan semburan api.

Menurut warga tempatan, beberapa hari sebelum kejadian gempa terjadi, terdapat lubang kira-kira 1 meter dikawasan itu, namun tidak menyangka ia mengeluarkan api seperti itu selepas gempa.
Pihak berkuasa tempatan memasang penghadang bagi menghalang orang ramai mendekati kawasan berkenaan.
Sumber: Harian Metro & Youtube Liputan6.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.