Ramai yang masih menganggap kerja mengemas rumah merupakan pekerjaan kaum wanita, namun sebaliknya lelaki juga tidak terlepas daripada melakukan hal-hal urusan rumah ini.
Mungkin kerja mengemas rumah nampak mudah dan remeh. Namun ia tidaklah semudah yang disangka.
Disebabkan itu, sebuah sekolah di Sepanyol telah memperkenalkan subjek khas bagi mendidik dan mengajar perkara asas seperti mengemas, menjahit, memasak, dan juga memasak.

Tambah pihak sekolah terbabit, subjek asas ekonomi rumah tangga itu dibuat khas kepada pelajar lelaki. Mereka juga turut didedahkan dengan ilmu pertukangan kayu, batu-bata dan juga perpaipan.


Subjek khas ini diharapkan dapat menghasilkan kaum lelaki yang sangat membantu dalam melakukan kerja-kerja rumah yang selalunya dilakukan oleh kaum wanita.
Sumber: Elite Readers.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.