Seorang lelaki yang mengadu sering sakit kepala sejak lima tahun lalu terkejut apabila doktor menemui cebisan kayu yang berlonggok dalam otaknya.
Kejadian yang dilaporkan berlaku di Yunnan, China itu telah menemui cebisan kayu yang boleh mencapai ukuran 11 sentimeter jika disambungkan.

Mangsa yang dikenali sebagai Zhou berkata, beliau mula mengalami rasa sakit yang aneh sejak dua bulan lalu apabila kelopak matanya mulai membengkak, sebelum beliau merujuk perkara itu kepada hospital.
Doktor yang memeriksa Zhou menjumpai selonggok kayu selepas menjalani pembedahan.

Ditanya bagaimana kayu berkenaan boleh berada disitu, ia berkalu selepas Zhou terjatuh ketika di dalam hutan sebelum kepalanya tertusuk sebatang pokok.
“Dahan pokok itu menembusi kepala dan rongga mata. Ada juga ranting yang tertusuk ke dalam mata.
“Saya berusaha menarik keluar ranting dan dahan berkenaan sebelum berjaya menghentikan pendarahan, tetapi tidak ke hospital kerana tidak mempunyai wang yang cukup,” katanya kepada Oddity Central.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.