
Saat yang ditunggu-tunggu oleh peminat KPOP apabila idola kesayangan seperti NCT DREAM, WayV, KARD dan ALICE akan beraksi di pentas SEEN FESTIVAL di Kuala Lumpur 2023 anjuran CM Live, pada Sabtu, 28 Januari 2023, pukul 6.00 petang di Arena Axiata Bukit Jalil nanti.

Tiket Seen Festival akan mula di jual pada 13 Januari ini jam 11 pagi. Tiket bermula dengan RM388-788 sahaja. Boleh dapatkan tiket di https://my.bookmyshow.com atau hubungi hotline tiket di talian +603 9212 4202.
Sebagai tambahan, keempat-empat kumpulan tersebut juga telah membuat rakaman video khas untuk peminat bagi menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baharu kerana mereka tidak sabar untuk bertemu dengan peminat di Malaysia.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.