Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

Kak Cik Yah Pempengaruh

Ini 7 Perkara Yang Jadi Punca Kenapa Bibir Kita Kering Dan Merekah

Korang biasa buat salah satu daripada perkara ni?
Editor
06 Mar 2018, 12:34 PM

Kredit gambar utama: Wikipedia

Baik lelaki mahupun wanita, tanpa mengira usia, semua orang berpotensi mengalami bibir kering dan merekah.

ini 7 perkara yang jadi punca kenapa bibir kita kering dan merekah

Mengalami bibir kering dan merekah adalah satu perkara yang tidak menyenangkan malah boleh menyebabkan kesakitan dan rasa pedih. Namun sedarkah anda ada beberapa perkara yang kita sering lakukan dalam kehidupan seharian kita yang menjadi sebab dan punca kepada bibir merekah dan kering ini?

Kurang Air

Menurut Mayo Clinic, kurang air atau lebih dikenali sebagai dehidrasi terjadi apabila badan tidak cukup kandungan air untuk menjalani proses biasa, menyebabkan badan menyerap air daripada kulit, termasuk juga bahagian bibir.

Selalu Menjilat Bibir

Menurut Dr. Joel Cohen, seperti yang dipetik daripada BuzzFeed, tabiat menjilat bibir menyebabkan bibir cepat kering kerana bahan kimia yang terdapat dalam air liur boleh mempercepatkan proses pengeringan air pada bibir.

Terdedah Pada Cahaya Matahari Yang Melampau

Terdedah pada cahaya matahari menyebabkan terjadinya ‘sunburn’, menyebabkan warna kulit menjadi merah-kemerahan, malah menyebabkan bibir merekah dan kering.

Banyak Vitamin A

Seorang lelaki dan wanita dewasa masing-masing memerlukan hanya 900 mcg dan 700 mcg vitamin A sehari. Vitamin A yang berlebihan menjadi punca kepada kerengsaan kulit (skin irritation) – terjadinya bibir merekah dan kering.

Hati lembu, lobak, ubu, telur dan mentega adalah contoh makanan yang tinggi vitamin A.

Alergik Pada Bahan Kimia dan Ubat

Bibir yang terdedah pada bahan kimia seperti pada gincu, ubat gigi, malah makanan serta suplement tertentu menyebabkan kegatalan dan menjadi punca kepada bibir merekah.

Kurang Vitamin B2

Kurangnya vitamin B2 atau lebih dikenali sebagai riboflavin, menyebabkan kulit kering.  Vitamin B2 banyak terdapat pada susu, cendawan, sayur bayam, yugurt dan daging-daging tertentu.

Banyak Makan Oren!

Kandungan asid pada buah oren dan buah-buahan yang masam menyebabkan bibir cepat kering dan kerengsaan pada kulit.

Sumber teks: Little Things

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us