Bukan sahaja mengenyangkan, tetapi oat cukup terkenal sebagai antara makanan berkhasiat pemberi tenaga, tinggi dengan beta-glukan yang membantu mengurangkan kolesterol.
Jika anda sedang berusaha mendapatkan tubuh ideal atau ingin memulakan hari dengan sarapan berkhasiat dan mengenyangkan, oat adalah pilihan utama! Kami kongsikan lima cadangan sarapan yang boleh disediakan dengan oat.
#1 Scrambled Oat Delight

Campurkan 4 sudu besar Quaker Instant Oatmeal, 1 biji telur, 2 putih telur, ½ sudu teh serbuk lada hitam dan ½ sudu teh garam di dalam mangkuk besar.
Panaskan kuali dan masukkan 2 sudu teh minyak. Tumis 1 biji bawang merah dan ½ biji tomato (dicincang halus). Biarkan seketika.
Masukkan ¼ tauhu (dipotong kiub) dan daun bawang (dihiris nipis). Gaul hingga sebati.
Masukkan campuran oat tadi, tutup kuali dan biarkan masak perlahan-lahan dengan api kecil.
Susun salad dan letakkan bahan yang dimasak tadi di atas roti. Hidang ketika panas.
#2 Oat Epal Kayu Manis Penambah Selera

Cukup mudah untuk disediakan. Bahan yang digunakan juga tidak banyak.
Hanya masak 7 sudu besar Quaker Instant Oatmeal bersama 1 cawan susu rendah lemak dan ½ cawan air sehingga bubur pekat. Tambah ½ sudu teh serbuk kayu manis, ¼ sudu teh garam dan 1 sudu teh gula perang. Kacau hingga sebati. Masukkan sebiji epal yang dipotong kiub, gaul dan sedia untuk dihidang
#3 Penkek Oatmeal Gebu

Bayangkan rasa penkek yang lembut dimakan bersama sirap maple... Cukup sempurna untuk membuka selera anda!
Sediakan 1 cawan tepung gandum, ¼ cawan tepung serba guna, ½ cawan Quaker Multigrain Cereal, 2 sudu teh serbuk penaik, ½ sudu teh garam, 1¼ cawan susu rendah lemak, 2 biji putih telur dan 3 sudu besar minyak masak. Sirap maple, keju ricotta dan 1 cawan blueberi untuk hiasan.
Cara membuatnya:
Gaul tepung, oat, serbuk penaik dan garam sehingga rata. Ketepikan. Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama susu sehingga sedikit kembang.
Panaskan kuali dengan api sederhana, dan oleskan sedikit minyak. Masukkan ¼ cawan bater untuk setiap penkek dan masak menggunakan api perlahan.
Letakkan blueberi di atas penkek dan terbalikkannya apabila bahagian permukaan penkek mula berbuih. Biarkan bahagian bawah penkek masak. Tuangkan sedikit sirap maple dan anda boleh nikmati keenakan rasanya.
#4 Bubur Lambuk

Selain dimakan bersama buah-buahan, bubur oat boleh juga disediakan dengan padanan rempah ratus, daging, ayam serta makanan laut atau bubur lambuk seperti resipi ini.
Bahan-bahan yang digunakan:
-- 300gram beras, dibasuh dan ditapis
-- 150gram keledek, dipotong dadu
-- 100gram Quaker Quick Cook Oatmeal
-- 8 biji bawang merah, dihiris
-- 6 ulas bawang putih, dihiris
-- 4sm halia, dihiris halus
-- 50gram udang kering
-- 300gram daging, dihiris nipis
-- 2 liter air
-- 200 gram santan
-- 3 sudu besar sos ikan
-- 1 sudu besar lada hitam, ditumbuk kasar
-- 80gram daun sirih, dihiris nipis
-- 80gram daun selasih, dihiris nipis
-- 80gram pucuk paku (ambil bahagian pucuk)
-- 80gram daun selasih thai
-- Garam secukup rasa
-- Bahan untuk hiasan: 6 biji lada merah (dihiris), 30 gram daun ketumbar (dihiris halus) dan 50gram bawang goreng
Cara membuatnya:
Panaskan 4 sudu besar minyak sayuran. Tumis halia, bawang merah, bawang putih dan udang kering sehingga naik bau. Masukkan air, beras, oat, keledek dan daging. Biarkan mendidih dan kemudian perlahankan api.
Biarkan bubur ada mereneh antara 20 ke 25 minit. Kacau campuran sekali sekala agar tidak melekat di dasar periuk.
Masukkan santan, sos ikan, lada hitam, garam dan kesemua daun yang disediakan tadi. Masak sehingga mendidih.
Hiaskan bubur anda dengan daun ketumbar, cili merah dan bawang goreng sebelum dihidang.
#5 Minuman Oat Perisa Beri

Quaker 3 in 1 Berry Burst yang baru sahaja dilancarkan sesuai buat anda yang inginkan sarapan sihat, enak lagi mengenyangkan. Selain memberikan kesegaran rasa beri dan kebaikan oat, minuman 3 dalam 1 ini tinggi dengan kandungan serat , protein dan 0% lemak tepu.

Quaker 3 in1 Berry Burst diperbuat daripada bijian gandum oat sebenar yang membekalkan anda tenaga untuk hari yang produktif. Quaker dengan pengalaman 140 tahun sentiasa berinovasi untuk memberikan anda produk oat berkualiti tinggi dan membekalkan makanan sihat yang enak dan mudah disediakan.
Quaker 3 in 1 with Berry Burst bukan sahaja sesuai sebagai hidangan sarapan tetapi boleh diambil antara waktu makan bagi memberikan anda rasa kenyang lebih lama serta kekal bertenaga. Anda hanya perlu tambah air panas atau nikmatinya dengan susu sejuk.
Layari https://web.facebook.com/QuakerMalaysia untuk maklumat lanjut atau untuk mendapatkan sampel percuma!