
Sumber: Utusan
Ronaldinho sudah tak bermain dalam mana-mana perlawan sejak 2015, bagaimanapun beliau secara rasmi telah bersara hari ini. Hal itu disampaikan oleh abangnya sendiri yang juga ejen Assis.
“Dia berhenti, sudah berakhir. Kami akan lakukan sesuatu (majlis persaraan) yang besar, menarik, selepas Piala Dunia di Rusia, mungkin pada Ogos ini,” kata Assis kepada akhbar Rio de Kaneiro, O Globo.
Ronaldinho yang juga pernah menjuarai kejuaraan Piala Dunia, Liga Juara-Juara, Copa Libertadores dan memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan ingin menumpukan perhatian sebagai seorang pemuzik dan juga jurulatih di sekolah.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.