Sebuah robot yang dikenali sebagai Naseem mencipta sejarah tersendiri apabila tampil pada sidang pertama Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Kemunculan robot itu nyata menarik perhatian lebih dari 1500 graduan termasuk kakitangan dan ibubapa yang berada dalam Dewan Al Muktafi Billah Shah, baru-baru ini.
"Ini adalah hasil usaha 'Mechanical, Electronic, Computing and Arts Research Group' (MECCA) iaitu kumpulan penyelidikan yang terdiri daripada lima pensyarah di Fakulti Reka bentuk Industri dan Teknologi (FRIT) dan Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK).
"Robot Naseem ini dicetak menggunakan teknologi cetakan 3D dan mengambil masa kira-kira tiga minggu untuk disiapkan," kata Pengarah Pusat Perancangan Strategik dan Pengurusan Sistem Kualiti dan Risiko, Prof Madya Engku Fadzli Hasan Syed Abdullah.

Robot Naseem yang membawa maksud 'Hembusan Bayu Yang Lembut' merupakan kumpulan rasmi UniSZA dalam pertandingan robocon peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.