China telah selangkah kehadapan dalam teknologi Artificial Intelligence (AI) khususnya dalam bidang penyampai berita kerana mereka telah menggunakan robot AI untuk membaca berita.

Xin Xiomeng, robot AI yang membaca berita di Xinhua, China telah membuat penampilan pertamanya dan dia mampu berkerja 24 jam sehari tanpa rehat.
Sebelum ini, China telah memperkenalkan 2 robot AI lelaki – satu dalam bahasa Inggeris dan lagi satu dalam bahasa Mandarin, dikenali sebagai Qui Hao dan Zhang Zhao.
Sejak diperkenalkan, kedua-dua robot AI lelaki ini sudahpun menyampaikan 3,400 berita dengan tempoh 10,000 minit penyampaian.
Menariknya, selain dalam keadaan duduk, robot pembaca berita AI ini juga mampu berdiri seperti pembaca berita sebenar.
Selain China, Jepun juga telah memperkenalkan ‘Erica’, mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk menyampaikan berita.
Sumber: Business Insider
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.