Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan insiden seekor ular sawa ditemui dalam pam minyak di Kuala Lumpur.

Sebelum ini juga, sudah banyak kes ular ditemui pada tempat dan lokasi yang tidak diduga, seperti dalam mangkuk tandas dan dalam tilam.
Namun, anda pasti tidak menjangkakan, ular boleh menghuni pada bahagian dalam motosikal.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh SKUAD KING COBRA JBPM di laman Facebook, seekor ular tedung ditemui melingkar pada bahagian dalam lampu sebuah motor.

Meskipun tidak diketahui lokasi ia dirakam, perkongsian itu nyata membuatkan ramai merasa bimbang kalau-kalau ada kehadiran reptilia berkenaan.
Sumber: SKUAD KING COBRA JBPM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.