Joseph Grisamore telah memegang rekod dunia dengan tampil rekaan rambut ala mohawk yang paling tinggi di dunia.

Rambutnya itu mencatatkan ketinggian 42.5 inci, atau bersamaan 107.95 sentimeter, hampir sama dengan ketinggian seorang budak lelaki berusia 5 tahun.

Bagi merealisasikan impiannya untuk memiliki rambut tertinggi di dunia, isteri dan ibunya membantu menyiapkan rambut dengan menggunakan spray rambut khas.

Beliau sebelum ini juga pernah cuba untuk memecahkan rekod rambut Mohawk paling tinggi pada 2006, namun gagal sebelum berjaya membaiki rekod terbabit pada tahun 2019.
Sumber: GWR
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.