Semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah pun boleh menyemak keputusan permohonan bagi kemasukan ke program pengajian asasi, sijil, diploma dan ijazah sarjana muda bermula hari ini, 3 Jun 2020.
Semakan keputusan permohonan boleh dilakukan menerusi aplikasi UPUPocket 2.0 atau menerusi pautan:
http://jpt.umt.edu.my; http://jpt.ums.edu.my; https://jpt.unimas.my; https://jpt.utm.my dan http://jpt.uum.edu.my.
Bagaimanapun, bagi pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran serta yang ditawarkan ke program pengajian sijil, boleh melakukan rayuan melalui UPUOnline (https://online.moe.gov.my/UPUOnline), dalam tempoh 5 hari bekerja mulai hari ini, 3 Jun sehingga 10 Jun jam 5 petang.

Bagi rayuan ke Politeknik, Kolej Komuniti & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) pula pelajar boleh terus ke portal rasmi agensi berkenaan.


Sumber: UPU
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.