Baru-baru ini tular video dilaman Facebook memaparkan aksi seekor gajah berenang berhampiran Gua Bewah, Tasik Kenyir di Hulu Terengganu.
Pemilik akaun Facebook, Suwardi Azmi tidak menyangka video berkenaan tular memberitahu ramai yang pertama kali menyaksikan aksi gajah berenang dan mengakui baru tahu mamalia itu mampu berenang walaupun memiliki badan yang besar.

“Sejak aktif memancing pada 2004, ini kali keempat saya terserempak gajah berenang. Kebetulan waktu tu rakan saya, Mohd Sukrillah yang merupakan pemandu ‘boathouse’ yang kami naik sempat merakam aksi haiwan berkenaan.
“Sebelum ni, ada yang tidak percaya bila saya cerita pernah terserempak gajah berenang. Jadi, saya ambil keputusan muat naik video yang dirakam itu di media sosial.
“Tak sangka pula ia menjadi tular dan menarik perhatian ramai sebab pada mulanya niat saya hanya mahu berkongsi dengan rakan-rakan sahaja,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet dilihat teruja dan tidak menyangka bahawa mamalia ini mampu berenang dengan baik walaupun mempunyai badan yang agak besar.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.