Pernahkah anda membalas pesanan ringkas seseorang dengan hanya teks ‘Haha’ ataupun ‘Lol’ sahaja?

Menurut kajian, lebih daripada 80% manusia akan menghantar ‘Haha’ atau ‘Lol’ ketika mereka tidak mengetahui bagaimana untuk membalas mesej yang diterima. Malah, ‘Haha’ yang dibalas juga tidak menunjukkan seseorang itu sedang ketawa atau terhibur.
Seperti yang dipetik daripada The Guardian, antara mesej balas yang paling banyak digunakan di Facebook adalah seperti ‘Haha’ (51.4%), menggunakan emoji (33.7%), ‘Hehe’ (13.1%) dan ‘Lol’ (1.9%).

Pengguna yang lebih berusia iaitu sekitar 40 tahun ke atas lebih suka menggunakan ‘Lol’ berbanding ‘Hehe’ bagi mereka yang berusia 30 tahun ke bawah.

Sumber: The Guardian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.