Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) meramalkan hampir 100,000 rakyat Malaysia bakal hilang pekerjaan jika Covid-19 berterusan sehingga hujung tahun ini.

Virus yang melanda dunia ketika ini dijangka memberi kesan kepada ekonomi dengan peningkatan dua kali ganda daripada 40,000 orang yang kehilangan pekerjaan tahun lalu.
Menurut Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, dengan keadaan pasaran ketika ini, ia agak membimbangkan sehingga pendapatan perniagaan mereka merosot sehingga 50 peratus berbanding pendapatan diperoleh sebelum ini.

Sejak penularan wabak Covid-19, banyak perniagaan yang dilihat terjejas apabila aktiviti perniagaan di negara itu semakin perlahan berikutan penutupan beberapa bandar di China.
Sementara itu, pakar ekonomi Profesor Dr Barjoyai Bardai berkata, ekonomi Malaysia akan terus terkesan jika wabak Covid-19 di China tidak pulih sepenuhnya kerana banyak syarikat di negara ini bergantung kepada republik itu untuk mendapatkan produk dan bahan mentah mereka.
Antara industri yang terjejas teruk adalah seperti perhotelan, restoran, syarikat penerbangan dan peruncitan.
Sumber: Sinar Harian / Reuters
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.