Mana-mana individu yang didapati sengaja merakamkan video atau mengambil gambar ketika anggota polis melakukan tugas sekatan di jalan raya dengan niat memberi persepsi negatif, boleh dikenakan tindakan tegas.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, perbuatan itu adalah tidak bertanggungjawab dan juga melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Saya ingin tegaskan bahawa kehadiran anggota polis yang melakukan sekatan jalan raya di seluruh negara bukanlah suka-suka untuk menyekat pergerakan atau menyusahkan orang ramai.
“Sebaliknya mereka (anggota polis) melaksanakan satu misi yang sungguh suci dengan objektif untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19 demi keselamatan orang ramai.
“Oleh itu, mana-mana individu yang berniat untuk berbuat demikian (rakam dan ambil gambar untuk burukkan imej polis) diberi peringatan keras, ingatlah bahawa di luar sana banyak pihak yang memerhati anda untuk ditangkap.
“Sekiranya mereka keluar untuk memberi barangan tiada masalah tetapi jika sengaja keluar untuk merakam sekatan jalan raya sudah jadi satu kesalahan kerana tugas polis yang menjalankan kewajipannya bukanlah satu bahan untuk difilemkan atau ditayang,” katanya.
Bagi memastikan anggota polis dan pegawai yang bertugas bebas daripada jangkitan, pihak PDRM memastikan semua anggotanya memakai topeng hidung dan mulut, sarung tangan dan cecair pembasmi kuman ada bersama disetiap sekatan jalan raya.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.