Baru-baru ini, laman sosial dikejutkan dengan penemuan sekumpulan katak bewarna kuning di Taman Negara India.
Penemuan katak kuning spesis Hoplobatrachus tigerinus ini nyata menarik perhatian ramai yang tidak pernah melihat warna katak seumpama itu sebelum ini.

Terbaru, seorang petani di Odisha, sebuah kawasan di timur negara India juga telah menemui seekor penyu yang berwarna kuning, menyorok dibalik rumput di ladang tempatnya bekerja.

Basudev Mahaparta, lelaki yang menemui penyu berkenaan berkata, penemuan penyu yang berwarna kuning ini dipercayai ada kaitannya dengan ketidakimbangan pigmen kulit, menyebabkan penyu itu bertukar warna.

Menurut pengarah eksekutif Persatuan Pemuliharaan Biodiversiti, Siddhartha Pati berkata, warna berbeza pada haiwan ini ada kaitannya dengan penyakit jenis albinism.

"Ia adalah gangguan kongenital dan dicirikan oleh ketiadaan pigmen tirosin sepenuhnya atau sebahagian.
"Juga, kadang-kadang mutasi berlaku dalam urutan gen atau ada kekurangan tirosin.", katanya.
Penyu yang berusia satu tahun setengah itu juga telah dilepaskan ke habitat asalnya kembali.
Sumber: Daily Star
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.