Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

Kak Cik Yah Pempengaruh

Jurugambar Berjaya Tangkap Foto Rare Harimau Hitam Yang Makin Pupus

Harimau hitam itu sebenarnya adalah harimau Bengal
Editor
05 Nov 2020, 04:17 PM

Seorang jurugambar amatur berjaya mengambil gambar seekor harimau hitam yang sangat jarang ditemui dan hanya sebilangan kecil sahaja yang diketahui masih wujud.

jurugambar berjaya tangkap foto rare harimau hitam yang makin pupus

Soumen Bajpayee, 27, berjaya mengambil foto seekor harimau melanistik di sebuah pusat perlindungan haiwan dekat timur Odisha, India.

Beliau yang juga seorang pelajar master pada mulanya hanya memerhatikan burung dan monyet sebelum dia melihat sendiri dengan matanya gelagat harimau berkenaan berada disitu.

jurugambar berjaya tangkap foto rare harimau hitam yang makin pupus

Harimau hitam itu sebenarnya adalah harimau Bengal yang mempunyai pseudo-melanism, iaitu garis-garis jalur mereka sangat rapat, hinggakan kita hampr tidak dapat melihat bulu orennya.

“Ketika itu saya tidak mempunyai idea mengenai harimau melanistik. Kemudian tiba-tiba muncul dari hutan, tinggal selama beberapa saat dan berjalan kembali di belakang pokok.

“Pada mulanya saya tidak menyedari apa yang berlaku ketika saya melihat harimau yang sama sekali berbeza berbanding harimau biasa.

“Saya telah melihat banyak harimau sebelum ini di alam liar dan dalam kurungan, tetapi ini adalah yang sama sekali berbeza.

"Saya sangat bersyukur melihatnya sendiri walaupun selama beberapa saat.", kata Soumen.

Tempat perlindungan berkata, Soumen bernasib baik dapat melihat sendiri harimau hitam berkenaan kerana biasanya gambar harimau itu mereka ambil dengan menggunakan kamera perangkap disebabkan sifatnya yang tidak mesra dengan manusia.
 

Mereka menambah: "Kami berharap harimau ini berkawan dengan harimau lain sehingga kami berpeluang mendapatkan anak harimau hitam yang lebih banyak."

jurugambar berjaya tangkap foto rare harimau hitam yang makin pupus

Menurut rekod, harimau hitam adalah pertama kali dilihat di hutan Odisha pada tahun 1990-an. Sehingga kini, terdapat hanya 3,900 harimau yang tinggal di alam liar, dengan populasi harimau hitam yang jauh lebih rendah.

Sumber: Metro UK

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us