Berapa lama biasanya anda habiskan masa dalam sesebuah penerbangan?
Siapa sangka, penerbangan tersingkat pernah dicatatkan adalah kurang dari 60 saat dari daerah Panggema, Kabupaten Yahukimo menuju ke Sali di Papua Barat yang terletak di Indonesia.

Sebuah video dikongsikan menerusi akaun @papua_pilot oleh juruterbang Geordie Paton menunjukkan penerbangan tersingkat ini yang memakan jarak hanya 1.2 kilometer sahaja.

Selain penerbangan Panggema – Sali, penerbangan tersingkat yang lain juga terletak di Indonesia, seperti antara Desa Kegara hingga Apowo yang mempunyai jarak 2km dalam tempoh 73 saat je. Cepat betul!
Sumber: Kumparan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.