
Penerbangan khas AirAsia bagi membawa pulang seramai 123 rakyat Malaysia termasuk 80 pelajar selamat berlepas dari Dhaka, Bangladesh sekitar jam 11.05 pagi waktu tempatan.
Proses pengungsian mereka melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal Dhaka berjalan lancar, walaupun tertangguh lebih 1 jam daripada yang dijadualkan.
Walaupun demikian, lapangan terbang di ibu kota Bangladesh itu dikawal ketat oleh anggota tentera susulan perintah berkurung di seluruh negara berkenaan sejak Sabtu lalu.
Penerbangan ini diketuai Setiausaha Bahagian Asia Selatan dan Asia Tengah Kementerian Luar Datuk Dr Shazelina Zainul Abidin itu, dijangka mengambil masa tiga jam 55 minit dan akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, akan menyambut ketibaan mereka.
Sumber: BERNAMA
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.