Sejak kelmarin, tular satu video cemas menunjukkan penumpang feri dari bandar Kuala Terengganu ke Pulau Redang yang melalui gelombang air laut yang bergelora.

Video yang dimuatnaik menerusi akaun Facebook Yana Rosde menunjukkan feri terbabit terpaksa meredah ombak sehingga membuatkan penumpang menjadi panik.

"Semoga kita dalam lindungan ALLAH. Feri dari Terengganu ke Pulau Redang," tulisnya.
Dalam video terbabit, kedengaran juga suara penumpang meminta semua mengucap dua kalimah syahadah, sekali gus menggambarkan suasana dalam feri yang penuh cemas.
Rakaman itu juga dipercayai dibuat oleh penduduk Pulau Redang yang terpaksa menaiki feri untuk ke bandar Kuala Terengganu bagi mencari keperluan harian dengan perjalanan lebih kurang dua jam dengan meredah ombak.

Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.