
Sumber: Wanista
Siapa sangka hanya sekeping nota kata-kata hikmah, tapi nilainya mencecah RM 8 juta. Nota tersebut adalah hasil tulisan Albert Einstein pada tahun 1922 semasa beliau menginap di salah sebuah hotel di Jepun untuk menerima hadiah Nobel.
Beliau ketika itu sedang mencurahkan ideanya ke atas sekeping kertas. Kebetulan, seorang pekerja hotel datang ke biliknya untuk membuat penghantaran. Malangnya, beliau tak punya wang tunai untuk diberikan. Jadi, beliau memberi nota tersebut kepada bellboy itu. Ketika itu beliau menginap di Hotel Emperial, Tokyo, Jepun
Pada nota itu tertulis,
“A calm and humble life will bring more happiness than the pursuit of success and the constant restlessness that comes with it”. -



Albert memberitahu kepada bellboy tersebut supaya tidak membuang nota tersebut kerana ianya akan bernilai suatu hari nanti.Ternyata, kini harganya adalah RM 8 juta.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.