NASA kini sedang merancang untuk menghancurkan asteroid menggunakan kapal angkasa dalam usaha melindungi Bumi.
Semalam, asteroid yang dikenali sebagai OR2 1998 telah melintasi bumi dan batuan angkasa sebesar gunung Everest itu berpotensi menghancurkan dunia ini jika ia terkeluar daripada laluannya, kata seorang pakar dari NASA.

Oleh itu, NASA telah membuat perancangan baru untuk melindungi Bumi daripada asteroid berbahaya seperti itu.
Dilaporkan pada bulan Julai tahun hadapan, NASA akan melancarkan kapal angkasa yang dirancang untuk berlanggar ke permukaan asteroid yang menuju atau melintasi Bumi.

Dikenali sebagai The Double Asteroid Redirection Test (DART), untuk misi ini mereka akan mensasarkan sepasang asteroid yang juga dikenali sebagai Didymoon dan Didymos.
"Ini adalah peluang yang luar biasa untuk menguji keberkesanan teknologi perlanggaran kinetik pada asteroid sebenar," kata Megan Bruck Syal dari Lawrence Livermore National Laboratory.

Sebelum pesawat khas dihantar menuju ke asteroid ini, sebuah kamera kecil akan dilepaskan untuk memantau perlanggaran tersebut.
"Ini masa yang sangat dinanti-nantikan. Saya rasa DART akan menjadi demonstrasi yang luar biasa," kata bekas angkasawan NASA, Ed Lu, yang kini mengetuai Yayasan B612, sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk pengesanan dan pemesongan asteroid.

Lindley Johnson, pegawai pertahanan planet NASA mengatakan pada masa ini terdapat 2,078 asteroid yang disenaraikan sebagai "berpotensi berbahaya."
Asteroid "berpotensi berbahaya" NASA menyenaraikan objek yang berukuran diameter sehingga 2,000 meter yang dijangka berada dalam jarak lima juta batu dari Bumi pada masa akan datang.

Lima juta batu mungkin kedengaran seperti banyak, tetapi jika ada perubahan kecil dalam lintasan asteroid, ia dapat meletakkannya pada laluan yang berpotensi untuk melanggar Bumi.
Sumber: Daily Star UK
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.