Minat kepada permainan video, Gameboy, mendorong Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq memberikan nama-nama kucing beliau seperti dalam karakter Pokemon.
YB Syed Saddiq yang berada di Johara Pagi ERA hari ini (13 September) memberitahu bahawa tidak ramai yang mengetahui nama-nama kucing peliharaan beliau itu.

Nama kucing-kucing peliharaan YB Syed Saddiq adalah: Pikachu, Pichu, Mew, Mewtwo, dan Meow Meow.
“Dulu bila kecil, semua ada Gameboy.
Itu reward system. Kalau result tak baik, Gameboy kena tarik lah”

Selain itu, YB Syed Saddiq juga menyahut cabaran bola sepak menentang pasukan Dugong All Stars pada 15 September, 9.30 pagi di Stadium Muar. Agak-agaknya, pasukan mana yang akan menang ye?
Perlawanan persahabatan menentang pilihan YB Syed Saddiq, Sabtu, 15 September 2018 di Stadium Muar , 9.30 pagi. Team mana yang akan menang?
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.